Dah petang ni, dah dekat nak balik dah pun...hushuss masih di opis, tinggal baper org jek lagi ada terkulat-kulat kat opis. Semua p main bowling pastu ada team dinner kat Bubba Gum, Sunway Pyramid.
Byk excuses sebenarnya sbb apa taknak join, tp excuses tu boleh tolak tepi klu hati betul-betul nak pegi kan? hushuss takdak rasa excitement langsung nak join. Wirda, Rosie & Yana pun dr awal lagi mmg tanak join sbb kami ibu-ibu mithali yang wajib menjaga anak pada malam hari. Hushuss and kawan-kawan are not staying with our parents, so lepas kerja kena amik anak sbb Rosie dan Wirda of course la tak smpi hati nak pi huhahuha tp tinggal anak kat nursery.
My reasons lak :
1. hushuss ada nite class, dinner buat weekday....mmm...sgt jarang dibuat sbb esok kena kerja.
2. hushuss nak spend quality time dgn mr hubby and bobot lepas pi kerja then kelas sbb hari2 lain kadang2 balik lepas kelas bobot dh tido. Bobot sleeps early, dia sian mama dia penat kerja dgn belajar :) ( hushuss bersyukur sbb bobot mmg selalu tido awal, so hushuss ada chance buat kerja-kerja rumah dan study...konon...ni time nak final exam je ye)
3. I hate the the same activity being done every year (bowling). I dont hate bowling, it is just that I hate kenapa asyik buat bowling je? Dont they have any other ideas? Come on la....huhh..bosan...
4. Bubba Gum mcm boring sbb last year dah team dinner kat Fridays. Pada pendapat hushuss, the organizer should choose restaurant yang lain la..takkan everytime dinner dkt tmpt2 cam Fridays, Bubba Gum...duh...wake up people. We have a wide variety of food to choose but why these kind of restaurants?
I think I nak propose next year tubuhkan committee utk team dinner, so that it would turn out exciting and fun. Jgn assign org yang salah (Wirda, Yana & Rosie - kamu tahu siapa org yg sgt buhsan itu) mcm tiap2 thn ni...event yg best pon jadi tak best...sbb kebosanan org yang plan. hushuss rasa ramai org yg bukan grad dalam secretrial science tp boleh organize event simple yang fun and exciting. Tapi.....susah mau ckp ler....
Jadi, apakan daya hushuss dan kawan-kawan, hati kami mahu join, tp tidak ada siapa peduli tentang masalah kami sebagai ibu-ibu mithali. Semoga Allah memberi ganjaran pada kita kan kawan-kawan sebab kita balik jaga anak2 dan tidak dpt berseronok mcm org lain?
Maybe ada org baca n3 ni ckp hushuss ni byk songeh ke, demand ke, byk cekadak ke, kan? Tapi I've been in 2 organizations before this and the work atmosphere sgt2 best ok. Ada Malay, Indian, Chinese tp semua rapat. Boleh get along...tak kisah la raya bangsa mana, semua ada ideas je nak organize apa. Even my previous director boleh main treasure hunt berlari2 dgn kita org, main scrabble, minum tea ramai2. Kat sana ada monthly birthday party, klu deliver baby at least misti dpt rantai emas utk baby gegurl. Pantry sgt2 best....byk activities luar office. Klu anniversary ke, birthday spouse ke kita ckp camni kat boss "Today is my anniversary boss." Boss akan ckp dgn muka mcm nak marah "Come on, what are u doing here, go back, ur family is more important than work." Klu hushuss bosan masa keja, hushuss g bilik boss hushuss ckp "Boss, bosan la, nak half day." Dia ckp "P mana?" Then I said "Nak p tgk movie." Hahahah..selamba je kan....and he would sign the form sambil kata "Ini semua awak punya pasal, dah p balik." Hushuss pon blur2 kluar....hahaha..taktau pasal apa...saja je dia nak buat bagi hushuss takut. I had great time there....masa hushuss masuk spital sbb tak sihat, 1st day dah ada kawan antar fruit basket yang sgt2 besar + bawakkan guarantee letter. My previous team takdak secretary but yet we can organize event (amik turn organize) dgn berjaya dan semua org suka nak participate. I had to leave that company because I got married, kena cari kerja dkt dgn husband. I wont forget yg memories there, sgt2 best. I need this kind of work culture back to keep me motivated utk datang kerja, bukan dgn muka monyok hari2 dtg kerja.
Jadi kawan-kawan seopis hushuss yg sekarang, semoga tahun depan - klu kita masih di sini ;) mintak2 la depa mempertimbangkan organizer yg cerdik dan creative skit, pastu buat lunch lepas tu baru activity so that everybody gets to join. Or hopefully dpt work culture (kerja lain le tu) yang better than here....Ngeeeee ;)
Feb 9, 2010
Apakan daya saya dan kawan-kawan saya..
Cakap-cakap by hushuss at 4:04 PM 4 comments
Feb 8, 2010
Another ordinary Monday
Hello all,
I am back with a new post. I am making sure that I post at least 1 new entry every week in order to keep the promise I made to myself. Kan nak jadi more discipline? Ngeeeee :)
Today is just an ordinary Monday, dan byk benda hushuss tgh pikir sekarang ni. Ingat nak buat post about Bobot's videos masa dia tgk Disney Magic English where hushuss ada janji dlm post hushuss terdahulu pasal ni. Maybe nanti la hushuss buat entry pasal tu.
Last week, hushuss& mr hubby, jgn lupa Bobot ;) went back to Seremban. Mama belanja us with Ayah Ndak and Pak Bang families dinner that Saturday nite. Mama in law hushuss baru pencen, so sekarang mama tgh jadi org kaya baru sbb dpt graduiti. So, lately hushuss dgn mr hubby selalu la dpt makan free. (muahahaha) But hushuss tak sempat nak snap any pics during big family dinner (konon je) last Satuday nite sbb bobot ngamuk lapar dgn nak tido. Pics masa ke Kenny Rogers Roaster je ada, last 2 weeks mama belanja makan. Alhamdullilah, ni pun kira rezeki gak kan...mama belanja makan. Thank you mama sbb belanja kami semua makan...hehe..nanti nak ajar mama baca blog la, at least dia tak boring sbb dah pencen kan? And most important, I want her to know that we love her so much. Walaupun kadang2 ada gak hushuss bad mood masa mama kat rumah, tp mama buat biasa je. She knows my pe'el very well, hushuss kan sgt2 kurang sabar...maybe sbb hushuss anak bongsu kot (alasan, cittt). Selingan jap, -Rindu lak mama hushuss kat Kulim-
Last nite, sblm hushuss balik mama sempat offer. Mama ckp, Along (my mr hubby), Ita (that's my name) klu nak pi holiday mana-mana, tinggal je bobot kat mama. Mama can take care of him. Wahhh..best punya offer kan? Tambah2 hushuss tgh cita2 nak g holiday New Zealand klu ada rezeki this year, leh g 2nd honeymoon. (rancang kasar je nak g NZ, tgk fulus la nanti) :) Tapi bila pikir2 balik, can I leave my son with mama sedangkan hushuss p bersuka ria? Bukankah anak adalah penyeri rumah tangga? Klu tak bawak, mcm mana nak gembira masa holiday, kan? I know maybe some ppl out there yang boleh tinggal anak p holiday, tp hushuss rasanya takleh la. I would definitely rasa bersalah klu pi mana2 tak bawa bobot. Even kadang2 p tgk movie pon, nak cpt2 balik sbb dah ingatkan bobot. Camna plak u all rasa? Leh ke tinggalkan anak sbb nak g holiday? Opinion pleaseeeeeeeeeee.....
Tu je nak mumble today but a lot of things wandering on my mind now. Semua yang menyesakkan fikiran...
Paling teruk sekarang, I feel, no no, I need a new work environment, new work culture. Yang kalau disingkatkan, new job. Ngeeee :) Hari-hari datang kerja rasa macam dah lama sgt aku kerja sini dgn culture office yang sgt-sgt membosankan. Officemates hushuss semua tak boring ke hah? Rileks je dia org nih....Maybe it is time for hushussto move to new environment kot, kan? Tolongggggg.....
Second, I have started taking 'Special K' cornflakes this morning. The first step to reduce my food intake. Tengahari makan nasi mcm biasa, tonight I am going to eat steamboat yang jual dkt dgn rumah, at least tak la boring sbb esok pagi nak mkn cornflakes lagi kan? Ngeee :) Moga2 hushuss dpt kurangkan skit2 apa yang hushuss makan specially oily food. Dan hushuss kena disciplinekan diri breakfast before 8am and dinner before 8pm. Moga2 Allah kuatkan semangat hushuss nak berdiet secara berhemah...hahaha konon...padahal susah nak tahan lapar. Slow-slow takpa kan kawan-kawan, asalkan ada hasil. Doakan hushuss ye kawan-kawan.
Layan le gambar-gambar hushuss dgn family kat KRR.
Cakap-cakap by hushuss at 11:30 AM 8 comments
Feb 3, 2010
"Love Finding" tag
1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
UITM Arau Perlis – Masa 1st semester Diploma (Jun 2000)
2) Love at first sight?
Tidak bagi hushuss, tp mr hubby penah ngaku (hahaha), mmg love at first sight bagi dia. Mr hubby datang UITM bukan saja aim nak further study, tp aim nak cari bini (ini dia ngaku sendiri ok). Pengakuan dia seterusnya, first time masa dia nampak hushuss dlm kelas English, sbb hushuss masa tu kena buat public speaking pasal my hero. Hushuss sungguh2 buat public speaking pasal my hero is my mother, hushuss sebak…nangis masa kat depan cerita pasal mama hushuss. Haa..ni tgh type pon takleh ni sebut pasal mama…syahdu beb. Mr hubby ckp masa tu terus dia tangkap cintan sama hushuss, di tambah plak pi kelas pagi tu pakai baju kebaya. Huahauahua…
Tak lama lepas tu, masuk pulak kelas Biology Puan Norsila. Kebetulan hushuss duduk depan mr hubby. Dia punya la seronok dia ckp. Dan bermula la ke’noti’an dia ngorat hushuss. Mr hubby dgn sengaja bagi jatuh kertas nota biology di belakang kerusi hushuss. Pastu dia ckp “ Saudari, saudari….boleh tolong amik kertas saya jatuh tak?” Hushuss toleh belakang, amik kertas tu, letak atas meja mr hubby tanpa pandang muka dia. Tak suka tau!
Lepas kejadian tu, hushuss tak penah jumpa mr hubby lagi sbb ada kawan hushuss bagitahu dia dah kluar UITM masuk Akademi MAS. Ada hushuss heran? Hushuss pon tak kenal sapa mr hubby hushuss masa tu, yg hushuss ingat mr hubby sorang budak laki dlm kelas hushuss ala2 ustaz skit sbb pakai kopiah pi kelas. Tu jer…tak tangkap cintan pon dgn dia. Hahahaha…sian mr hubby kan? Pompuan kena la jual mahal….
3) Who is he when the first time you met him?
He was a student in UITM.
4) How long it takes for him to ask you out for a date?
Alamak, camno nak jawab soklan ni. Cam tak berapa ingat je. Tapi yang pastinya mmg agak lama sbb lepas mr hubby kluar UITM, ada sorang kawan hubby ni selalu ckp kat hushuss dlm kelas. “Huspa, airee kim salam”. I asked him, “which airee weh?”
“Alaa…airee yang pakai kopiah tu.” Hushuss selalu jawab balik “Ntah, tak kenal aku, muka dia pon aku tak ingat camna.”
Pas hushuss masuk 2nd sem, maybe dah jodoh kuat kot. Hushuss kebetulan duduk satu bilik dgn kawan sekolah rendah hubby. Kwn perempuan hubby la kan, takkan kawan sekolah rendah laki plak nak duduk satu bilik asrama dgn hushuss. Pas beberapa bulan duduk sebilik, terkeluar cerita pasal airee ni, hushuss punya hubby la. Kawan hushuss pun perangkap la mr hubby, saja2 call dia. Masa dia ckp dgn hubby, dia ckp la dia satu bilik dgn huspa, masa tu kawan sebilik hushuss ni merangkap kawan hubby tade handphone. Masa tu tak ramai org ada phone, hushuss pon pakai alcatel gabak je masa tu, tu pon kira hebat dah tu. Hahahah…pastu kawan sebilik hushuss ni ckp kat mr hubby, klu nak contact dia, pakai la no. henpon huspa. Ahahahaa…pucuk di cita ulam mendatang la kan? Malam tu jugak, hubby call hushuss. Padahal kawan hushuss bagi no. hushuss klu ada apa2 nak contact dia guna phone hushuss. Cepat tul tindakan hubby…hahaha…Jadi kesimpulannya, menjadi jugak la perangkap kawan hushuss pada mr hubby. Mmg nampak ketidaksabarannya lepas dpt no. hushuss, terus mulakan langkah.
Sejak dari tu, hubby hushuss akan call hushuss tiap2 mlm smpi bil dia melambung. Masuk sem 3, masa cuti sem mr hubby ajak hushuss p umah mak dia di Seremban. Gila dah mamat ni, hushuss pikir masa tu.
5) First place dating?
Seremban. Hubby hushuss insisted hushuss p umah mak dia. Hushuss tak berani lorr…gila pa..tak penah dibuat hushuss, g umah laki dulu kan. Dah la tak habis study lagi. Pas berkali2 hubby pujuk dan dia ckp mak dia pon suruh datang, hushuss buat perjanjian. Hushuss leh pi, tp dgn syarat, mr hubby dtg amik hushuss kat umah kawan sebilik hushuss di Seremban, dan kami budak perempuan beramai2 g umah mak dia. Mr hubby setuju. Hahaha…so on la dating kami di rumah mak hubby di Seremban. Hushuss di jemput di depan umah kawan sebilik hushuss di Seremban, dan kami berempat pegi umah mak hubby. Mak hubby tak tau pon masa satu idaman hati anak dia sbb semua perempuan pegi. Hahahah..sukanya hushuss masa tu.
6) How he proposed?
Pas melalui byk rintangan dan cabaran..ewahhh..hahaha..masa hushuss habis belajar kat UITM Arau, hubby datang bagi cincin kat umah hushuss secara unofficially, sblm dia dtg merisik dgn family dia.
7) Special date with your hubby?
12 Jun 2000 – tarikh masuk UITM
24 Dec 2001 – 1st time dating
18 Oct 2003 – hushuss dirisik family hubby (auwww..)
29 Nov 2003 – hushuss tunang dgn hubby
19 Aug 2005 – kahwin..yeay…

Pas tunang. Baru hushuss sedar tak byk gambar hushuss dgn hubby sblm kawin sbb kami jarang jumpa. Sorang utara, sorang kat tgh..

Gambar kawin
8) Changes that he asked you to do?
Suruh hushuss pakai tudung pas kawin (ahakkzz), tp hushuss pakai pas dpt anak.
Suruh hushuss jadi lebih sabar, mmg hushuss ni kurang sabar sket.
9) What is about him that you love so much?
mmm…mr hubby byk ubah hushuss to be more pious. Mr hubby sgt-sgt caring klu hushuss sakit especially masa bersalin. Semua benda dia akan buat…mandikan bobot, mandikan hushuss sekali. Hehehe…Mr hubby sgt-sgt ringan tulang buat kerja rumah terutamanya basuh baju. Hushuss dah tak tau guna washing machine sbb mr hubby yang basuh baju…hahaha..Mr hubby jaga bobot malam2, bgn bancuh susu, tukar pampers. Dan dr sejak kawin sampai sekarang, mr hubby yang akan bangun awal dari hushuss tiap2 pagi dan lepas siap semua, baru dia kejutkan hushuss. Dan masa hushuss betul-betul jatuh cinta dgn hubby ialah masa hushuss ternampak dia imamkan mak dia sembahyang dan lepas sembahyang dia minta ampun dgn mak dia sampai menitiskan air mata. Bagi hushuss, bukan senang sorang lelaki utk menitiskan air mata meminta ampun dr ibu.
10) What is about him that you wish he would change?
Mr hubby punya temper klu tersekat dlm traffic jam or pergi tmpt org ramai. Dia sgt2 allergic dgn 2 benda nih. Huhh..alangkah indahnya klu mr hubby seorang yang sporting masa shopping.
11) You will lose your mind and crack your head when he..
Buat muka masam, senyap seribu bahasa sambil bawak kereta laju-laju sbb nak cepat smpi ke mana-mana lepas tersekat dlm traffic jam. Pastu buat muka masam klu g shopping, masa nak bayar org ramai beratur.
12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
mmm..of course la bila mr hubby beli something yang hushuss suka, specially hantar flower bouquet ke office or put the flower bouquet on our bed without any reason (bukan sbb birthday or anniversary). I love those kind of surprises.
13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
My love towards Allah and my parents. Dulu hubby selalu ckp mcm ni kat hushuss, tp skrg mcm dah jarang je, lupa ke? Mmm…”saya sayang sayang saya, sbb sayang saya saaayaaang saya”. Hahaha…I like.
DONE!
Below are a few pics of hushuss and mr hubby masa bersuka ria sewaktu Hazrat tak wujud lagi. hehehe...
Secret Recipe celebrate birthday mak hubby
2nd anniversary di Marche
holiday di Jogja
holiday di Bandung, nak g tgk gunung berapi
Buka puasa (bobot 7 months dlm perut)
Hushuss nak tag
Adik (Nurin)
Kakak Nurin, Ein
Nieda
Nana, Rozana
Nadia
Nuurill
Ruzanna, Anne
Ieda (Nor Razidah Fardalina)
Cakap-cakap by hushuss at 9:17 AM 9 comments
Feb 1, 2010
Besday presents Bobot
Hari ni nak update pasal birthday presents Bobot dan utk mengotakan janji nak berblogging secara efficient spt Nuuril aka Mommaholicseries (Nuurill kena bagi credit nih ;) )
Dah lama tak blog, so many stories to update. I have listed them, dan Insyallah hushuss akan update day by day. Nak update byk2 dlm satu hari, tadak masa plak plus sapa pulak nak baca. Huahuahua...mcm la blog glamer sgt, ye dak?
So, these are the presents yang bobot dpt masa birthday dia in December. Hushuss discussed with mama nira to get the birthday party done, tp masa dan peruntukan (dlm erti kata lain, duit ngee...tidak mengizinkan). Hushuss pon rasa takpa klu tak buat sbb niat hushuss dgn mr. hubby nak buat akikah bobot dah tercapai last May 09, and it was splendid.
Insyallah, klu ada rezeki, next year nak jugak buat birthday bash utk mr bobot. Apa yang penting, doa hushuss utk bobot...Semoga bobot menjadi anak yang soleh, taat kepada mama dan papa, jadi anak yang cerdik dan mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat.
This is the tricycle hushuss bought for bobot on his birthday.
Thanks to Wan Bang (Pak Bang) & Wan Tih sbb bagi fulus kat bobot sempena birthday. (dah masuk dlm account bobot tau...bukan account mak bapak bobot... Ngee....)
Cakap-cakap by hushuss at 9:44 PM 7 comments
Jan 29, 2010
Blog bersawang

Haaaa...assalamualaikum semua...
Nampak tak apa kat atas? Ngeee...
Setelah sekian lama berhenti dr blogging, mood hushuss telah menjengah kembali utk berblogging setelah 3 hari berturut2 mendapat request dr kawan2 yang menjadi silent readers. They asked why I stop blogging. I dont stop, but I have no mood to blog.
Minta maaf ye kawan-kawan. The reasons hushuss dah lama tak blog adalah kerana : (ada list tau)
1. At first ( in December), I had no chance to blog sbb masa tu too much work to be done. Plus byk bosses datang office in that month. So focus was on work, not on blogging.
2. I stopped pumping in November. It was a hard decision tho..but I had to do it. I had been trying to relactate about 3 to 4 months. A lil bit of improvement on the milk supply but I had given up. So I stop blogging cuz if I blogged, I will of course blog-hop. Most of the blogs are about pumping, exclusive pumping...bla bla bla...and it makes me sad to read post about pumpings. So, I stopped blogging for a while cuz of that. Kiranya nak pujuk hati yang lara that rezeki bobot untuk merasa susu mama aka. hushuss hanya sampai November saja. Bobot did not reach 1 year when hushuss stopped pumping. But hushuss redha. Sampai situ saja rezeki bobot and hushuss tak rasa terkilan sgt cuz I tried to give the best for him.
Hazrat, maafkan mama sbb tak dpt nak bagi air susu mama utk Hazrat smpi 2 thn. But cuz of you (Hazrat) mama learnt a lot of things about breastfeeding and pumping. Nanti mama akan apply kat adik Hazrat pulak (ngeee ;P).
3.I have no mood to blog at all. Taktau mana hilang mood hushuss. Gone with the wind kot...hihih..
So, itulah sbb2 hushuss dah lama tak blog. But anyhow,I am back and will continue on blogging. Hatiku telah terubat (ewahhh) dah tak sedih lagi..I can accept ketentuan Allah dan kekuatan kawan-kawan opis hushuss menasihatkan hushuss. Timer kasih pada ibu rosie, ummi yana dan mama wirda. You guys rock!
Tunggu hushuss clearkan sawang dlm blog hushuss and I will continue on blogging.
Last but not least,
Happy Birthday to my dear hubby. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi suami soleh, papa mithali dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat daripada Allah. Huspa sayangkan sayang, Insyallah sampai akhir hayat ini. Amin.
(hubby hushuss dpt perfume instead of PSP sbb hushuss tak bersedia lagi nak mengapprove PSP utk hubby ;P)
Ni saja letak gambar bobot yang dah reached 1 year (21st Dec lepas). Hushuss tak buat birthday party pon utk bobot, ekonomi tidak memberangsangkan. Tapi hushuss beli tricyle utk bobot. Nanti hushuss update presents birthday bobot dpt w/pon tadak birthday party. Murah rezeki anak mama ni...
Cakap-cakap by hushuss at 9:43 AM 13 comments
Nov 3, 2009
MyDear Child Car Seat
For the past 8 months, bobot has been using the baby carrier everyday masa hushuss hantar bobot p rumah mama nira. Masa bobot turned 9 mths++, he didn't want to lie down dlm baby carrier tu lagi. He is too old for that baby carrier I guess. So, it's time for hushuss to buy a child car seat for bobot since he can sit steadily. Tapi masalahnya, hushuss kena g kelas everyday, hushuss akan hantar bobot p rumah mama nira, then mr hubby amik bobot pulak. klu hushuss beli car seat yang besar gabak tu, mcm susah ja hushuss nak bukak dr seat kereta, then letak rumah mama nira, then in the evening when mr hubby fetch bobot, nak kena pasang balik dekat seat kereta lagi satu. So, hushuss was wondering, which car seat is the most practical and suitable utk bobot and hushuss yang hari-hari kena bukak baby car seat and tinggalkan kat rumah baby sitter. So..hushuss did some surfing..tgk sana, tgk sini...seperti biasa, tgk Mudah.com...fave shopping place :)
Furthermore, hushuss mmg tak suka car seat yang besar2 gabak sbb sempit kereta, lepas tu klu org nak masuk kereta, dah kurang satu seat. heheh...ini personal opinion hushuss je tau...maybe stgh org tak agree sbb tak selamat utk baby klu takde baby car seat yang hebat2. Memang betul tu, hushuss akui, tapi tu la...hushuss tawakal je...janji ada baby car seat utk bobot sbb mmg bobot cant sit quietly dah dalam kereta..asyik nak memanjat sana sini.
So, lepas hushuss surfed dlm Mudah.com for about 3 days...tgk mcm2 baby car seat org nak jual...yang dah naik kepam pon nak jual..dah la kepam, buruk, kaler baby car seat pon dah nak ilang, jual RM100 lebe..tak paham la hushuss org-org mcm ni..hehe..ada ke org nak beli? Lepas surfed dgn mr hubby that nite, could not find what we wanted. Then hushuss surfed lagi next day. Tiba2 masuk one advert, MyDear Child Car Seat-RM25. Huh??? pelik ni..MyDear punya brand, murah tu..child car seat apa harga RM25...hahaha..muskil..muskil...lepas hushuss click on the advert..haa..gini rupanya...RM25..murah gila. This is the pic yg that lady letak dlm dia punya advert dlm Mudah.com
Hushuss called that lady and confirmed with her that hushuss nak beli this child car seat, tanpa berfikir panjang. Berkenan hushuss dgn car seat yg simple mcm ni..takyah bukak2...letak je bobot...mcm pakaikan seat belt utk bobot. Bak kata ummi zafran " Meet the purpose." Lepas hushuss called that lady, mlm tu jugak ajak mr hubby p amik this child car seat dekat Puchong. Masa hushuss dpt, masih dlm original packing..cuma dah bukak le. Takdak skit pon kotoran, bau pon masih baru. So, ini pics bobot in his new (used) hahaha..car seat masa pagi-pagi hushuss nak hantar bobot p rumah mama nira. He looks ok in that car seat...sekarang bobot akan duduk depan masa mr hubby drive..hushuss duduk belakang, jadi mem...hehehe...
Harga asal car seat ni hushuss tgk RM69.90...skrg ada warehouse sale dekat MyDear, leh dpt RM46. Jadi kawan-kawan yang berkenan...silalah ke sale. hehehe...
bobot kebingungan..seat baru nampaknya..hooray..no more baby carrier
sedap jugak tali nih..yum yum
ok..tuan-tuan dan puan-puan, ini car seat baru bobot, jenama MyDear..
mari study bersama-sama sambil duduk dlm MyDear car seat
Cakap-cakap by hushuss at 11:42 AM 6 comments
Oct 28, 2009
DISNEY Magic English
Last Saturday, hushuss, mr hubby & mama nira's family (baby sitter bobot) pegi bersuka ria di Giant Kota Damansara. We went for karaoke where mr hubby naik sheikh sambil nyanyi lagi M.Nasir & Mawi, lagu cinta lagu jiwa bersama papa mie (mama nira's hubby). Hahaha..mr hubby mmg minat karaoke walaupun suara dia (termasuk hushuss) mcm katak panggil hujan...tp apa kisah kan..janji enjoy and so did bobot.
We layan karaoke for about 2-3 hours then we did some shopping in Giant hypermarket. Then we came out from Giant lebih kurang pukul 11.15pm mcm tu...ada sorang salesman ni approached us....mr hubby kurang gemar le dgn salesman2 gini sbb dah lewat...tp ntah mcm mana mr hubby mcm lembut hati pulak dgn salesman ni...
Then he said, 'saya amik masa 2 minit je bang' to my hubby...mr hubby jadi mcm ni sbb brg yg akan diceritakan untuk anak kot...that is why dia lembut hati..
so, nak dipendekkan cerita, he showed us one of the dvds. mr hubby dgn hushuss terleka sekejap tgk dvd tu..INTERESTING! that's the word...tp dlm hati misti mahai nihhh...mcm2 cartoon and activities dia ajar dlm dvd tu...yg paling hushuss suka...repetition yg digunakan dalam activity...mcm nak eja number kan...so...it will go like this...na na na na...numbers...then..kluar la numbers...mr hubby pon mcm teruja...
lepas cerita2 semua, ckp pulak pasal harga..hehe..seperti di jangka...bukan ratus-ratus...tp ribu-ribuan...nak beli cash mmg tak mampu..so mmg GROLIER (company yg jual DISNEY Magic English) ni buat installment...dan paling best installment dia tak membebankan...hanya RM83 per month, dan ada org dtg kutip kat rumah tiap2 bulan...mcm zaman dulu2 kan...hahah..org berhutang beli carpet ka, beli vacuum ka...org dtg kutip...but to hushuss, it's ok..lagi senang mcm tu.
Harga sebenar set ni RM1888...so, deposit hushuss bayar RM208..the rest tiap2 bulan RM83 selama 2 yrs...maybe ada yg kata rugi beli sbb mahal sgt...but to hushuss, biarlah hushuss rugi asalkan bobot dpt bahan belajar yang interesting dan bagus....tak sama mcm hushuss dulu bila parents tak mampu utk beli semua ni...tp Alhamdullilah, leh jugak hushuss lulus english A1 dalam SPM...hahaha..sekampung2 kulim hushuss pon, flying colors dlm English...hushuss sendiri tidak sangka...so, mr bobot kena dpt lagi baik la dr mama dia nanti...Insyallah...
Pada hushuss, biarlah hushuss susah, berhutang utk masa depan bobot. Padahal dlm hati byk lagi teringin nak beli utk rumah...sofa fella design le (wink..wink), perabot rumah la...tv rack la..chandelier la...tp biar la simpan hasrat tu semua asalkan bobot dpt yg terbaik.
So, jom enjoy gambar2 yg hushuss captured masa dpt DISNEY Magic English set tu...it's worth it...sbb dah proven ada ramai budak2 yang guna this set can read as early as 2 years old...dgn condition tiap2 hari kena pasang dvd bagi anak2 kita dengar dan belajar..at least 10 minutes per day..tu klu tadak masa sgt2 la..repeat 5 words per day to anak2...
Ni rupa sblm unpack...ada book shelf, logico primo set, 4 hardcover english books, all 26 dvds+26 hardcover english books and a book for me title 'Raise your child's self-esteem'
Ni tulisan dekat box yang contains all the 26dvds
this is the book for me to read....buku ni kecik je, mcm buku budak2...siap ada gambar2 lagi..
ini pulak set logico primo, utk age 3-6...dia bagi free gift, so, leh simpan tunggu bobot 3 thn..
ni parents' guide utk logico primo..
salah satu card set yg ada dlm primo logico set...dlm setiap satu tu contain 16 cards.
card2 dlm setiap set tu...notice ada 16 cards ...so 16x10 (ada 10 sets semua)= 160 cards. jenoh nak habis...
ni rupa salah satu card lepas masuk dlm board tahan lasak logico primo, notice that colorful button kat bawah tu still kat bawah sbb soalan2 blum dijawab..hehehe..
ok, now the buttons are in the correct places...for example, tgk 1st orange button, atas sekali where dekat situ ada 2 sweets, so anak2 kena tgk mana gambar yg ada 2 tikus, ada warna apa...then dia matchkan warna dgn mengira tikus2 tu...
ini pulak hardcover english books...hushuss suka dgn buku2 ni sbb dlm buku ni ada mcm2 perkataan english dgn gambar utk senang paham...byk jugak perkataan english yang hushuss sendiri tak tahu..so at least kita dpt meningkatkan vocabulary kita si samping mengajar anak...contohnya hushuss akan tunjuk kat bawah..hehehe
ni salah satu page dr buku yang 4 kat atas tu...all possible actions yang boleh dikaitkan dgn 'eat'...mcm2...hushuss pon tak terpikir..
one of the actions is nibble. rupanya klu mkn biscuit kita tak sebut eat the biscuit, tp kita sebut nibble the biscuit..haahah..ceteknya vocab hushuss nih..
this is actually the box of Disney Magic English
selepas kotak di buka...all the 26 dvds and 26 hardcover english books...
ini hushuss amik gambar utk 1st topic which is 'hello'...mula dgn stage 1 smpi stage 26...nak habis satu stage pon berhari2 rasanya...sbb dlm 1 dvd 'hello' ni mcm2 activity...contohnya playtime, stories, activities etc...
dalam 'hello' hardcover book...dia mulakan dgn simple english..
bookshelf dah siap pasang dan semua dah siap letak atas bookshelf...kemas kan?
all the dvds dah siap susun...
sapa2 yang berkenan, nanti tanya hushuss...nanti hushuss bagi contact salesman tu...hushuss ada jugak tanya, byk ka Melayu beli set ni..salesman tu ckp..dulu byk bangsa lain yang beli tp semenjak 2 menjak ni..ramai melayu kita sedar betapa pentingnya English utk masa depan..so ramai yg dah buka mata...
Tp bukan English ja penting tau...Quran pon lebih penting...semoga kita dpt mendidik anak2 kita utk mem'balance'kan kedua-duanya..
hushus harap Allah bagi kekuatan dan semangat pada hushuss utk mendidik bobot menjadi yang terbaik...Insyallah. Sbb utk mendidik anak, kita sendiri kena mendidik diri kita...bukan senang tu kan?
Pada najihah, zafran, irfan, humaira dan semua anak kawan2 hushuss..meh la rumah mama hushuss tgk dvd dgn bobot...sama2 belajar dgn bobot k? nanti sama2 jadi pandai...leh masuk menara gading...ahakssssss....
Sehingga berjumpa lagi..muahssss...
Cakap-cakap by hushuss at 10:31 AM 10 comments






